Tuesday, March 1, 2016

Nasi Ayam Kampung Haji Hassan

Nasi Ayam Kampung Haji Hassan

Ini menu yang menjadi lagenda di Kuala Lumpur. Sebut sahaja ayam kampung, ramai yang akan kata Nasi Ayam Kampung Haji Hassan. Ia memang cukup sinonim dengan menu kampung bercirikan hidangan masakan cara orang Kelantan.

Ada banyak pilihan lokasi untuk anda cuba menu ayam kampung Haji Hassan ini. Yang paling terkenal, Restoran Ayam Kampung Haji Hassan di Veledrom Cheras.